.jpg)
Sejarah
Islam mengalami berbagai corak pemikiran dan kefahaman terhadap gerakan Islam.
Ada kefahaman itu bersifat asli dan kukuh serta ada pula yang diperbaiki dan
mengalami sakit (lumpuh). Sebenarnya keperluan memang mendesak untuk mengarang
(buku tentang ) kefahaman mengenai gerakan Islam dan menjadi jaminan yang boleh
menjadi kaedah abjadiyah yang jelas dan
dapat dipertanggungjawabkan. Dan supaya ia menjadi neraca yang oleh semua
gerakan Islam terlepas dari penyelewewngan dan dari segala tindakan golongan
yang menyeleweng. Ia juga supaya jalan (gerakan ini) dapat dibezakan antara
yang betul dan yang tidak betul sehingga orang ramai tidak tertipu dan kekuatan
Islam tidak tersia-sia kerana mengejar cita-cita di balik tabir. Dan akhirnya
medan gerakan dakwah tidak menjadi pentas tempat orang menguji (bakat dan
kebolehan mereka semata-mata). Agar kearah
mana (hendaknya dapat dipergunakan seperti yang dipergunakan oleh generasi yang
terdahulu yang dengan kebaikannya mereka
(disebutkan) sampai hari akhirat.
Justeru itu,
maka usaha yang tidak seberapa ini hendaknya menjadi saham dalam meletakkan
keadah-kaedah yang mantap dan bertentangan dalam gerakan Islam. Dan
kaedah-kaedah itu dapat menolong para petugasnya untuk membetulkan arah
tujunya, sambil memerhatikan segala langkah kerja dan menetapkan dengan tapak
asal yang menjadi titik tolak, menurut pelan yang betul dan matlkamat asal yang
kukuh.
Semoga Allah
s.w.t. menunjukkan orang beriman menuju jalan mustakim.
Fathi Yakan
7 Syaaban
1401/9 Jun 1981M
----------------
Risalah ini
adalah petikan daripada buku bertajuk: ABC Memahami Aktiviti Gerakan Islam, hasil
karya: Ustaz Fathy Yakan dan diterjemahkan oleh: Drs. H. Abdul Rahman Ahmad serta
diterbiykan oleh MN Communication 09-783941, Kota Bharu (1991). Melalui bukunya
‘Maza Ya’ni Intima’ lil Islami ?” – Apa Ertinya Saya Menganut Islam adalah
antara buku yang mashur yang dijadikan silibus dan rujukan pelajar-pelajar
terutaman saudara muslim pada ketika saya mengajar mualaf suatau ketika
dahulu.. Semoga Allah memberkati penulis, penterjemah, penerbit dan mereka yang
berusaha meningkatkan syiar Islam sehingga bersinar keseluruh alam. Allahu
Akhbar
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sejarah Islam mengalami berbagai corak pemikiran dan kefahaman terhadap gerakan Islam. Ada kefahaman itu bersifat asli dan kukuh serta ada pula yang diperbaiki dan mengalami sakit (lumpuh). Sebenarnya keperluan memang mendesak untuk mengarang (buku tentang ) kefahaman mengenai gerakan Islam dan menjadi jaminan yang boleh menjadi kaedah abjadiyah yang jelas dan dapat dipertanggungjawabkan.
No comments:
Post a Comment