Latest Post
Loading...

Thursday, 25 October 2012

Manusia Dan Alam




Pergerakan alam ini menurut perintah Allah s.w.t.  Perintah Allah s.w.t. terjadi secara teratur, diatur  dan ada peraturannya, termasuklah sistem planet; bumi, bulan, matahari,  bintang bertebaran di angkasa raya, silih bergantinya siang dan malam, perubahan musim, proses pendebungaan, persenyawaan manusia dan haiwan. Pelbagai bentuk, sistem, gerakan, keunikan, kepelbagaian fungsi dan semua itu menurut peraturan kuasa Allah s.w.t.  yang ada pada alam, manusia, tumbuhan  dan haiwan.  Jika berlaku kecacatan dan pengaturan sistemnya maka akan cacatlah kerja mereka dan terhentilah peranan serta tugas dan tanggungjawab semua. Musnah hancurlah segalanya.

Firman Allah s.w.t.
  


A190


“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”. (Q.S. Ali-Imran: 190)
Firman Allah s.w.t.:



A038
A039
A040


“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing”. (Q.S. Yasiin: 38-40)



No comments:

Post a Comment

Sejarah Islam mengalami berbagai corak pemikiran dan kefahaman terhadap gerakan Islam. Ada kefahaman itu bersifat asli dan kukuh serta ada pula yang diperbaiki dan mengalami sakit (lumpuh). Sebenarnya keperluan memang mendesak untuk mengarang (buku tentang ) kefahaman mengenai gerakan Islam dan menjadi jaminan yang boleh menjadi kaedah abjadiyah yang jelas dan dapat dipertanggungjawabkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...