Sejarah bikinan tidak kekal lama. Ia bersifat tumpangan kerana ia dibina di atas dasar kepentingan. Ia bukan terhasil secara semulajadi. Dalam masa yang singkat ia telah tumpas dan dalam tempoh masa yang dekat ia telah membuktikan keburukan-keburukannya sendiri. Masyarakat umum telah menolaknya kerana sistem, prinsip, pimpinan dan gerakan yang asing bagi umat Islam, tidak serasi dengan prinsip dan keyakinan mereka.
Perumpamaannya seperti pesakit buah pinggang atau pesakit jantung yang digantikan pada seseorang, sekalipun jasad itu menerimanya untuk satu jangka waktu yang pendek yang dipenuhi dengan azab sengsara tetapi kemudian jasad itu akan lemah dan mati.
Atau barangkali seperti pesakit darah tinggi atau pesakit kencing manis yang mengharapkan pengawasan dan sentiasa berbekalkan ubat untuk mengawal tekanan dan kepekatan darah supaya berada pada paras yang stabil, terkawal dan dalam keadaan normal.
Inilah yang berlaku kepada umat Islam semasa mereka menyedari keadaan mereka yang lemah dan sakit. Tetapi mereka tidak terus berfikir apakah yang harus dilakukan, malah terus mengimport sistem, prinsip, pimpinan dan gerakan ciptaan manusia yang disangkakannya baik dan sesuai, sedangkan pada hakikatnya prinsip dan sistem itu sendiri mengandungi unsur-unsur kehancuran, kemusnahan dan keruntuhan, mengandungi unsur-unsur krisis dan kerosakan, unsur-unsur kegagalan dan keciciran. Oleh itu:
1. Proses pertama selesai dengan menamakan tamadun barat dan fahaman kapitalis kepada umat Islam.
2. Akibatnya muncullah penyakit barah dalam bidang kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Pesakit barah yang telah merosak keperibadian umat Islam, mengacau-bilaukan fikirannya, merosakkan akhlaknya dan pada akhirnya menyediakan keadaan kepada umat Islam untuk menerima kekalahan yang diusungkan oleh tamadun barat dan fahaman kapitalis.
3. Proses kedua, ketiga dan seterusnya umat Islam menerima kekalahan demi kekalahan walaupun telah mengalami pahit dan buruknya keadaan yang menimpa, tetapi umat Islam masih tetap kekal menjadi tawanan kepada kegagalan dan keciciran, terikat dengan sentimennya, tertipu oleh slogan-slogan yang palsu dan lahiriah yang mengelirukan. Segala sistem yang melaungkan pembangunan, revolusi dan sama rata sama rasa tidak sedikit pun memberi faedah, malah persahabatan yang erat tidak sedikit pun dapat menolak bencana.
Umat Islam mesti keluar dari kepompong, peristiwa dan pengalaman yang penuh duka destapa dan menghayat hati, mereka mesti menyedari bahawa kekuatan komplot antarabangsa; sama ada melalui penyelidikan, telekomunikasi, teknologi, perdagangan, kewangan, perancangan, kerjasama, ideologi kesemuanya bersatu. Kerana apa ia berlaku sebabnya dendam kesumat memberi isyarat dan sentiasa menunggu peluang dan ruang untuk menumpaskan. Buanglah sifat bangang itu.
Umat Islam mesti berikrar bahawa mereka bukan daripada aliran kanan dan bukan juga golongan kiri. Menafikan juga bahawa jika mereka bukan komunis mereka juga mestilah menjadi kapitalis. Tapi katakanlah: Innaddina indallahil Islam.
Umat Islam mesti menyedari bahawa mereka mempunyai keperibadian tersendiri, unggul, asli, sifat dan rupa bentuknya bersumberkan Islam sebagai agama fitrah.
.jpg)
Sejarah Islam mengalami berbagai corak pemikiran dan kefahaman terhadap gerakan Islam. Ada kefahaman itu bersifat asli dan kukuh serta ada pula yang diperbaiki dan mengalami sakit (lumpuh). Sebenarnya keperluan memang mendesak untuk mengarang (buku tentang ) kefahaman mengenai gerakan Islam dan menjadi jaminan yang boleh menjadi kaedah abjadiyah yang jelas dan dapat dipertanggungjawabkan.
No comments:
Post a Comment