Program MAHA 2012 yang sedang berlangsung mulai 23 November 2012 hingga 2 Disember 2012 wajar dimanfaatkan oleh masyarakat. Tahniah di atas penganjuran program ini. Jika boleh kekalkan program ini secara berterusan supaya orang ramai boleh datang pada bila-bila masa. Jadikan ia sebagai pusat pemunggahan barangan daripada seluruh pelusuk negara atau barangkali barangan luar negara. Sekiranya kawasan tersebut tidak sesuai, adalah dicadangkan supaya Kementerian Pertanian menyediakan satu tapak khusus untuk tujuan tersebut supaya menjadi tapak kekal. Barangannya pula hendakalah dijual dalam harga borong walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Semoga menjadi kenyataan. Berikan ia sinar baru sempena tahun 2013. Pameran yang sedia ada hanya bersifat sementara. Walau bagaimanapun tahniah kepada pihak penganjuran MAHA 2012.

Sejarah Islam mengalami berbagai corak pemikiran dan kefahaman terhadap gerakan Islam. Ada kefahaman itu bersifat asli dan kukuh serta ada pula yang diperbaiki dan mengalami sakit (lumpuh). Sebenarnya keperluan memang mendesak untuk mengarang (buku tentang ) kefahaman mengenai gerakan Islam dan menjadi jaminan yang boleh menjadi kaedah abjadiyah yang jelas dan dapat dipertanggungjawabkan.
No comments:
Post a Comment